Tuesday, January 12, 2010

Penggunaan Kalimah Allah

Salam semua, marilah kita melihat isu penggunaan nama Allah secara yang lebih meluas. Pandangan ini tidak bermakna menafikan dan menidakkan usaha-usaha mereka yang berjuang mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh yang belum Islam atau oleh agama lain di Malaysia ini. Sesungguhnya usaha itu satu usaha yang amat baik dalam menjelaskan sebarang keraguan yang timbul dan berlaku. Dalam masa yang sama kita meyakini bahawa kalimah Allah adalah kalimah yang sememangnya digunapakai dalam agama Islam dan agama-agama Samawi.(ini yang perlu perincian ) Cuma sebagai hamba Allah yang kerdil terkadang terfikir betapa kita bersungguh-sungguh menegakkan penggunaan kalimah dan berjuang mempertahankannya tetapi sejauh mana kita menjadi orang yang bersungguh-sungguh dalam melaksana dan memenuhi tuntutan Allah kepada kita selaku hamba. Sudah bersungguh kah kita beramal , sudah kah kita menjauhi dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Tepuk dada tanya iman... sekadar renungan bersama semoga ianya bermanfaat

No comments:

Video Sang Semut