27 tahun yang lalu, aku berusia 16 tahun....Aku adalah seorang anak dari sebuah keluarga besar , antara keluarga yang dihormati dikampungku kerana latarbelakang datuk dan ayah yang selalu menjadi tempat rujukan , tempat orang mengadu hal tentang kehidupan dan sebagainya. Masih segar dalam ingatanku , wajah-wajah yang sering berkunjug kerumah mengadu pelbagai kisah suka duka mereka jika masalah diminta dinasihati, jika pergaduhan minta diberi penyelesaian dan sebagainya. Aku selalu melihat keadaan ini sebagai satu yang amat bermakna kerana secara tidak langsung aku belajar sesuatu darinya. Secara tidak langsung juga aku belajar dalam diam dan kebolehan ini kuwarisi walaupun tidak sehebat ayahku. Sekitar penghujung tahun 70an atau awal 80an ketika itu aku tidak nampak sebarang kecacatan pada keluarga ini kerana semua orang mengiktiraf latarbelakang keluarga ku sebagai keluarga yang baik, atau lebih mudah istilahnya keturunan baik-baik.
Aku ingat lagi emak sentiasa berpesan agar jaga nama baik keluarga, jangan buat kerja yang tak baik, yang boleh merosakkan nama keluarga dan sebagainya.
Ketika itu kehidupanku banyak habis di padang sekolah. Kegilaan ku pada ketika itu adalah pada satu permainan , menjadikan aku sanggup hadir ke sekolah untuk latihan walaupun hari Ahad. ( Waktu cuti ). Aku masih ingat lagi setiap hari aku pasti terpacak dipadang untuk latihan, tanpa mengira waktu. Yang pasti habis sahaja waktu sekolah aku akan bergegas siapkan kerja sekolah , kemudian langsung ke surau sekolah, untuk sembahyang dan sampai waktunya aku turun ke padang.
Rutin ini berterusan dan aku akan sampai kerumah sebelum lewat petang(maghrib). Terkadang keletihan menjadikan aku tertinggal solat isya'. Aku sanggup dileteri, dimarahi ibu ayah kerananya. Apatah lagi dalam pasukan sekolah itu akulah satu-satunya pemain yang terpilih untuk latihan pemilihan peringkat negeri.Lagi menjadikan aku bersemangat. Tiada kawan-kawanku yang terpilih..tapi aku terpilih.....aku semakin seronok dan sukar tinggalkan permainan ini. Adakalanya ayahku melarang untuk pergi kerana cuaca yang tak berapa mengizinkan. Aku tak kisah, aku pergi juga itulah semangat ku ketika itu. ...pernah aku di rotan sebab keluar rumah walaupun ayah tak benarkan... Sebab pada ketika itu aku tahu bahawa aku tak buat benda tak baik...aku main dan aku bersungguh untuk berjaya...Itulah persepsi aku ketika itu yang pastinya berbeza dengan persepsi ayahku.......
Yang pastinya sembahyang tetap sembahyang tetapi pakaian mu bagaimana.? Pernah satu ketika dalam kelas Pendidikan Islam di sekolahku, ustazah R dengan kelembutan bahasanya menegur pelajar-pelajar mengenai aurat. Kata-katanya masih ku ingat, ....sesiapa yang tidak menutup aurat Allah tidak terima amalannya. Bingkas aku bangun ketika itu minta ustazah R justify mengapa tak diterima amalnya, kebolehan berhujjah pada ketika itu yang ada pada diriku menjadikan aku seorang yang berani berdebat. Aku ingt lagi akhir pada sesi tersebut ustazah R hanya diam saja. Apakah aku menang ...apakah aku menang...?...... ya Allah, ampunkanlah aku ya Allah. Kejahilanku menjadikan aku sombong dengan pandanganku.
Tapi ya Allah aku sering terpegun dan rasa bertuah kerana latarbelakang keluarga yang sentiasa jadi tempat rujukan. Datuk ..disebelah ibu...... Imam Masjid........ Datuk sebelah ayahku Ketua Kampung yang disegani. Isteri-isteri mereka pun tak menutup aurat, semua pun berpakaian sopan, semuapun tak pernah tinggal solat, semuapun baik-baik, semuapun suka bantu orang, semuapun akan menutup kepala dengan selendang bila keluar dari rumah. Jadi mana bisa aku terima kata-kata tak tutup aurat tak di terima amal.
Tambahan pula ketika itu aku ahli sukan yang sentiasa dengan "skirt pendek" dan " tshirt" tak pernah pulak ibubapa ku kata salah dsb. Jadi memang aku tak dapat terima kata-kata ustazah R. Lagipun aku yakin aku tak buat benda2 tak baik aku...main sukan, aku masih sembahyang. Ahh biarlah ustazah tu dia bukan tau.....Jahilnya aku,ya Allah...
Tuhan maha kaya, maha pengasih lagi maha penyayang.......Segala-galanya berakhir dan terhenti apabila ayah ku menyahut panggilan Illahi. Ketika itu aku mengambil masa untuk menerima kenyataan dan hakikat bahawa ayahku telah tiada lagi dan kehilangannnya suatu yang tidak terjangkau di pemikiran dan tidak terduga sama sekali. Dalam masa tak sampai 24 jam aku kehilangan.......ayah , ya ayah..simbol keluarga yang amat bermakna. Kehilangan ayahku menjadikan aku lebih matang dan bertanggungjawab, kerana pada ketika itu yang berada di rumah akulah yang paling tua. Kakak dan abang semua belajar di tempat lain... Aku akhirnya Allah gerakkan sebagai anak yang perlu mengurus segala keperluan . Ibuku pengalaman hidupnya dia tak pernah mengurus pembelian barang, bayar bil dsb semuanya ayahku...... Pemergian ayahku benar-benar tamparan dan ujian hebat pada ibuku. Aku akhirnya akur inilah masaku untuk bantu ibu. Urusan surat menyurat ayah, urusan pencen dan macam-macam aku belajar satu persatu, berjumpa kerani sekolah, urus surat ke Jabatan semuanya pengalaman yang amat bermakna......membawa aku menerima hakikat segalanya lebih penting dari sukan dan permainan yang merupakan seolah-olah nyawa padaku sebelum ini. Aku tinggalkan segala keseronokan , kemegahan, pujian dan segalanya bila ku lalui ujian kehilangan ayah. Aku terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab. Yang pastinya selepas ketiadaan ayahku satu-satu ujian datang pada keluargaku......aku belajar erti kesusahan dan menghargai banyak perkara....yang mungkin tak dapat ku kongsikan disini.
Tapi angin perubahan bisa mengubah manusia. Satu ketika aku memperolehi tawaran keluar negara. Dua orang dari sekolahku yang menerima tawaran tersebut. Tawaran ku terima amat membanggakan ibuku, ketika itu ayahku sudah pergi meninggalkanku lebihkurang 3 bulan sebelumnya. Tetapi tak tahulah mengapa aku menolak tawaran tersebut atas alasan nenek ku tak beri, aku masih ingat lagi 7 panel penemuduga semuanya mentertawakan aku apabila keluar alasan nenek tak kasi. Dua kali aku diminta mengesahkan betul ni anda tak terima , kami kena kasi tawaran lainlah...... dalam negeri.Automatik kami tempatkan kamu di negeri P. Itulah kata-kata yang terungkap yang akhirnya membawa aku belajar disini.
Disinilah segalanya bermula....Disinilah aku melihat mengenali Cikgu Khairul , kak akiah individu yang banyak mengambil berat tentang ku semasa di SMS begitu juga sahabat2ku. Disinilah aku mengenali tarbiah, disinilah aku melihat islam dan kasih sayang, di sinilah aku lihat pengorbanan sahabat, disinilah aku rasai manisnya bersahabat dan manisnya kehidupan da'awah. disinilah juga aku melihat zuhudnya sebuah kehidupan , disini juga aku melihat erti pengorbanan dalam dakwah apabila orang lain itu lebih diutamakan walaupun kehidupannya tidak sesenang mana. Banyak sangat jasa dan pengorbanannya yang tak dapat ku tulis disini. Di sinilah segala-galanya bermula............Perjalanan ku teruskan sehingga aku bertemu lebih ramai sahabat-sahabat yang sama pemikiran yang sama hala tuju dan disini juga aku terus berusaha memperbaiki diri dan beramal dengan kata-kata perbaikilah dirimu dan serulah orang lain, juga kata-kata azimat " Sampaikanlah daripadamu walaupun sepotong ayat"
Kehidupan lampau telah ku tinggalkan demi mencari keredhaanMu. Aku berhijrah demi mencari redhaMu ya Allah. Tidak bererti kemahiran dan pengalaman lampau ku tidak bermakna. Bagi seorang jurudakwah kemahiran dan pengalaman lampau adalah suatu yang bermakna yang pasti aku manfaatkan diruang dan ketika memerlukan.
Kelebihan dalam sukan umpamanya nyata menjadi faktor yang menjadikan aku kurang kekok untuk bersama remaja "so called " bermasalah ...kerana aku telah mendahului mereka satu ketika dahulu. Ianya bukan satu kebanggaan dan bukan juga satu kebetulan ...tetapi ianya merupakan satu amanah yang mesti aku laksanakan untuk bersama-sama membawa remaja ini ke arah kebaikan. Remaja hari ini pasti lebih banyak ujian dan cabaran kerana capaian-capaian kepada sumber yang pelbagai . Masalah pelbagai S perlu dilihat sebagai cabaran kepada remaja...Screen, Sources, Sex dan Surrounding
Aku selalu ingatkan diriku dan sahabta2ku untuk menangani remaja hari ini ......kita juga perlu meremajakan diri kita walaupun kita kini telah berusia mengahmpiri separuh abad. Aku juga selalu berpesan pada anakku jangan lihat kawan-kawan bermasalah sebagai masalah...tetapi lihatlah mereka sebagai aset dakwah. Mereka mungkin tidak pernah lalui seperti apa yang kakak dan adik lalui...Untuk itu beri ruang pada mereka........ bersikap positiflah.... kepada mereka........ berharap dan berserahlah pada Allah agar suatu hari mereka juga akan berubah.
Ya Allah ......Betapa dalam hidup ini ........tika pintu hati ini diketuk...dengan ketukan iman dan sentuhan sabar dan kasih sayang bisa merubah seorang manusia ..........beransur-ansur membina dirinya menjadi lebih baik dari sebelumnya. aku dapat rasakan aku 23 tahun yang lalu(ketika itu(20/21 tahun) adalah jauh berbeza dari aku 27 tahun yang lalu(16/17thn).....semuanya kerana tarbiah ini....
27 tahun satu tempoh yang telah lama ku tinggalkan namun aku selalu insaf dan bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hatiku untuk berubah menjadi bukan sahaja manusia baik tetapi manusia baik yang beriman dan tunduk kepada Allah insyaAllah......Terkadang .....aku bimbang dengan ujian dan dugaan yang menggugat kesungguhan dan keikhlasan. Aku juga manusia biasa ........Adakalanya terlalai, alpa dan hanyut dengan ujian dan dugaan disekeliling . Ya Allah kuatkan azamku, tetapkan iman ku, jadikan aku orang yang istiqamah dan jangan jadikan aku orang yang lalai , cintakan dunia dan panjang angan-angan .
Ya Allah izinkan aku untuk berada terus di atas jalan ini, menjadi orang yang istiqamah dalam amal, menjadi orang yang sentiasa ikhlas dalam amal dan menjadi sebahagian daripada penolong agamaMu......ya Allah
Ya Allah kau berkatilah kehidupan mereka yang memperkenalkan tarbiah ini kepada kami, kau panjangkan umur mereka, Lapangkanlah kehidupan mereka selamatkanlah perjalanan hidup mereka di dunia dan akhirat dan anugerahkanlah syurga buat mereka ya Allah.
Doa dan harapanku , semoga puteri-puteriku Anfal dan Nurul Fatihah akan melalui perjalanan hidup yang lebih baik dari apa yang telah aku lalui...dan aku ya Allah telah berjanji pada diriku sendiri untuk mewakafkan mereka pada jalan da'awah ini.............Anfal dan Nurul Fatihah andai kau baca coretan ini , erti hijrah bagi sebuah kehidupan seorang insan yang bernama ibu ...kau fahamilah itulah kehidupan kita...teruskan usaha-usaha memperbaiki diri dan menyeru orang lain di mana sahaja kita berada. Walau penat, ...walau sibuk...walau waktumu terbatas ingatlah teladanilah pengorbanan Rasulullah yang membolehkan kita berada seperti ini hari ini. Ambillah iktibar dari perjalanan hidup Rasullullah dan para sahabat baginda dalam mengatur dan mencorak langkah mendatang...Perjalanan hidup kita masih jauh......cita-cita kita melihat deen Allah tertegak di atas mukabumi ini pasti akan berlaku. Kerana itu janji Allah dan janji Allah adalah benar dan pasti benar. Yang tidak pastinya adalah kita, berapa lama lagi usia kita, berapa panjang lagi masa kita menghela nafas dimukabumi ini, berapa lama lagi kita dapat menghirup udara segar sebelum kembali kepada Allah. Berapa lama lagi kita dapat melaksanakan usaha da'awah ini, itu yang itu kita tidak pasti....Yang pastinya mati, mati itu suatu yang pasti, yang tak pastinya bila....?Untuk itu kerana semua ini tidak pasti maka kita perlu memastikan hari-hari dalam kehidupan kita adalah sentiasa lebih baik dari hari sebelumnya.
Semoga semangat hijrah dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dapat memberi kekuatan dan dorongan untuk aku terus beramal sehingga aku bertemu dengan Allah.. Benarlah nasihat seorang ustaz yang aku homati, andaikata semangat diri berkurang, dugaan dalam beramal bacalah kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat........pasti semangat itu akan datang semula, kekuatan diri dapat di bina........Jazakallah ustaz atas nasihat yang amat bermanfaat. Terima kasih Allah kerana masih sayang pada hambaMu yang kerdil ini................jangan kau tarik nikmat ini ya Allah
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kaseh ibu..utk artikel ini
amat besar makna hijrah dlm hidupmu ibu..
along xsekuat ibu utk melalui prjalanan itu..
moga2 ALLAH trus mmbri kt rahmat dn kaseh syg NYA
trm ksh mndidik along..
doakn along kuat utk mndidik dri mnjdi solehah
Salam Sayang krn ALLAH buat ibu tercinta
post yg mmbri along kekuatan..utk trus berubah..
Along diusia mu ini kau harus terus berusaha membaiki diri dan memupuk sifat2 terpuji , jadikan ia pakaianmu, moga ia akan kekal sebagai amalanmu sepanjang hayat dalam meneruskan perjuangan ini. Kelilingmu banyak pancaroba yang mendorong mu kearah kesesata. Bentengilah ia dengan akidah yang sejahtera insyaAllah ibu doakan along berjaya
Post a Comment