Katika ku hadir di PPWN09 di KISDAR, ucapan DrHAR membawa aku mengingati pengalamanku dengan anak remaja ku yang berusia 16 tahun. Alhamdulillah Allah izinkan sehingga hari ini (dan aku doakan sehingga akhir hayatnya) dia sentiasa merujuk dan berbincang persoalan-persoalan remaja yang dihadapinya. Allah izinkan Fatihah menjadi KN di sekolahnya. Dia selalu menceritakan tentang persoalan remaja yang dihadapinya penuh dengan masalah couple, masalah remaja masa kini yang seolah-olah dia tak dapat terima mengapa kawan-kawannya seperti itu, susah sungguh nak ikut perkara baik, walaupun dah dengar macam-macam pengisian tentang Islam dan kebaikan tapi masih nak buat perkara tak baik. Sebagai ibu , seharusnya aku bersyukur kerana Fatihah ada usaha dan ada kesungguhan untuk terus mengajak dirinya dan kawan-kawannya kearah kebaikan. Ketika itu sebagai ibu aku sering menasihatinya menunjukkan padanya bahawa usaha dakwah ini perlu diteruskan dengan penuh kesabaran dan perlu memahami latarbelakang rakan-rakannya yang mungkin tidak melalui pendedahan seperti apa yang dilaluinya . Satu lagi aku sentiasa ingatkan agar dia perlu selalu ingat bahawa latarbelakng manusia adalah berbeza-beza perlu ditangani dengan baik.Dan sebagai ibu juga aku khabarkan padanya di sana terlalu banyak perbezaan yang ada pada mereka seperti latarbelakang keluarga, pengaryh luaran seperti media dan teknologi serta pengaruh masyarakat diluar sana.Alhamdulillah semua nasihatku diambil sebagai satu yang positif. Dan setiap kali ia berhadapan dengan keadaan2 ini pasti aku akan menjadi tempat utama dia merujuk.
Mengimbau ucapan Dr Har menyakinkan aku bahawa apa yang ku bawa pada anak-anak ku adalah suatu yang selari dengan pemikiran yang dibawa oleh Dr HAR.Inilah indahnya bila lahir dari anak-anak kita jawapan ibu sama macam ayah, sama macam makcik tu dsb. Tersenyum aku tanda kesyukuran di atas anugerah yang Allah berikan pada apa yang telah ku lalui selama 20 tahun ini yang melahirkan aku mempunyai satu pemikiran yang sama yang dinilai sendiri oleh generasi Y hari ini.
Dalam satu peristiwa yang lain , bila nak usrah ku yang juga dari kalangan generasi Y menyatakan cikgu, apa yang Ust Salam bincang dalam program Jaulah kami kat KL sama macam apa yang cikgu pernah beritahu kami mengenai persoalan yang pernah kami tanya. Alhamdulillah inilah hasil tarbiah yang melahirkan insan kerdil yang mempunyai fikrah yang sama atau satu pemikiran asas yang sama dalam menangani isu-isu berkaita.
Hari kedua PPN, Anfal anakku yang sulong, berkata dia baru sahaja sms kak Maryam, dan beritahu dia menjadi pemerhati PPN dan PPWN ini adalah hadiah harijadi nya ke 19 ( 4 Dis 1990) Jawapan kak Maryam kepadanya "if I were you I will appreciate that", . Alhamdulillah dan Jazakillah hu khair Maryam kerana telah menjadi Naqibah yang amat baik untuk Anfal.
Alhamdulillah semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus memanfaatkan sisa-sisa umur yang ada untuk terus ikhlas bersama dakwah dan pejuangan ini. Bersama-sama membina generasi Y untuk menjadi pewaris dakwah sebelum aku kembali kepangkuan Allah . Semoga sedikit amal ini dapat kau terima ya Allah sebagai sebahagian dari amalku.
Ya Allah aku sayang pada tarbiah ini, aku sayang pada jemaah ini dan aku sayanag pada semua yang pernah membawa aku ke tahap ini. Redhakanlah aku dan mereka ya Allah , jadikanlah aku dan mereka sebagai duat mu yang ikhlas sehingga kami bertemu dengan mu ya Allah. Semoga ianya dapat diwarisi oleh anak-anak kami dan generasi selepas kami.
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment